Friday 29 April 2011

NAK BELI..!

Assalamualaikum kepada pembaca yang dihormati sekalian..ini nak cerita sedikit..sedikitsahaja tak banyak...hehheehheh.. buat lawak pulak..ehem!..(serius)..Baiklah kita mulakan...


Kebanyakan pelukis komik banyak menggukan tablet..anda tahu tablet...??


Ini dia tablet..saya memang nak beli sangat..ermmm..nak beli!..

Misi 10A!

Assalamualaikum kepada pembaca..hahahha..semakin ramai pengikut blog ini dan semakin meriah sekarang ini..saya ada lah insan yang biasa seperti kamu semua..tapi,semakin otak saya berjalan,selagi itu saya tak akan berhenti berfikir..Baiklah..dengan tidak membuang masa lagi,saya memulakan ceritanya..




Misi 8A..terbitan PTS telah mengukir sejarah Komik-M..Komik-M sangat popular apabila Misi 8A terbit..Komik-M telah mendapat nama...inilah cover Misi 8A..kalau korang tiada..belilah..





Memang best!..kalau tak baca,bacalah..rugi tak baca..hehhehehehhehehe (^__^)



Ini pula sambungan Misi 8A..yang sangat best..kali ini lukisan Afiq Salam lebih matang dari dulu..memang best!...Ini pula cover Misi 10A...!

Selepas membaca Misi 10A..Saya rasa macam nak memegang pensel dan melukis..ini lah hasil dia..tak sia-sia..Enjoy!..



Semoga bertemu lagi..

Assalamualaikum...(0o0)

Saturday 23 April 2011

KOMIK BESTSELLER

Assalamualaikum kepada pembaca yang tak jenuh membaca blog ni...

Baiklah..! Dengan tak membuang masa lagi..kita mulakan cerita kita...


Pembaca komik seharusnya mahu komik yang bagus dan berkualiti...jadi ada dua adik beradik yang sangat bijak telah mencipta komik BESTSELLER!..sungguh memberansangkan...

Jeng,jeng,jeng!



Afiq Salam Feeqry (Pelukis)...sangat kacak...



Dan abangnya yang telah mendorong saya kearah komik dan lukisan...

Nazry Salam Feeqry (penulis)


Kedua-dua adik beradik ini telah melakar sejarah Komik-M....


Baiklah...setakat itu sahaja....

Assalamualaikum.... (^__^)

Saturday 16 April 2011

KALAU AKU SEORANG.....

Assalamualikum kepada para pembaca sekalian...best tak blog ni..??? hahahahha..saje je...blog ni taklah sehebat blog http://feeqry.blogspot.com/ atau http://rejakartun.blogspot.com/ ....tapi blog ini hanya sekadar untuk hiburan sahaja........

OKlah! tanpa membuang masa lagi...

Saya mempersembahkan pidato yang bertajuk..

Kalau aku seorang....

Assalamualaikum kepada semua terutamanya yang mendengar pidato ini (bongokkan orang yang baca pidato ini  dalam blog mana boleh dengar..bongok!) ...

Kalau saya seorang jutawan...

Saya akan beli  kereta Ferrari,Nissan Skyline,F1,Porshe dan Ferroshe...(banyaknya...sekali lagi bongok untuk pembaca pidato ini...semua kereta dia nak...klau macam ni..orang kaya pon bleh bankrap..)

Kalau aku seorang Perdana Menteri...

Kalau saya seorang menteri...saya akan bagi setiap orang rumah banglo sepuluh tingkat...(kalau macam ni..perdana menteri pon bleh bankrap....sekali lagi bongok untuk pembaca pidato ini..)

Baiklah..saya dah kesuntukkan masa...nak pegi ambik anak balik sekolah..

Jadi saya akhiri pidato ni dengan..

Assalamualaikum semua..

Pidato Oleh:- Kawesharayaglaahal karam dilautan Dalam

Monday 11 April 2011

BEST FRIEND'S

Assalamualaikum semua,terutama yang kepada pembaca.....

Setiap manusia mestilah mempunyai kawan setia....atau kawan baik yang di percayai..

Ini dia my best friend's...


Kawan baik saya di dalam kelas (6 cemerlang)

Ini kawan saya yang ke mana sahaja saya pergi dia kan ikut...........



Ini pula kawan yang duduk di sebelah,yang saya percayai..kalau ade apa-apa saya akan berbincang bersama dia....Ini lukisan dia untuk saya selaku kawan setia...
Tak sangka yang dia boleh melukis..setahu saya dia hanya tahu menconteng sahaja..di dalam kelas telah banyak buku yang telah dikorbankan untuk menconteng sahaja....

Ini pulak kawan perempuan yang telah banyak beri dorongan aku untuk fokus ke arah kecemerlangan..



                              

Kalau kata kawan..banyak sangatlah...jadi yang ringkas kan dalam list...

KAWAN LELAKI

1)Firdaus
2)Izzul
3)Syafiq
4)Danial
5)Ali
6)Imran
7)Lutfi
8)Afiq
9)Syazwan
10)Amir
11)Razwan

Ni member 6 cemerlang..iaitu kelas saya...mungkin ade kot yang saya tak ingat..takperlah...

Banyak sangat lah..kawan-kawan saya..itu sebab saya ringkas kan nya menjadi list..

OKlah..setakat itu sahaja..

Assalamualaikum semua..o____o

MISI 8A

Assalamualaikum para pembaca sekalian yang dihormati...

Kalau saya seorang kartunis...saya akan melukis komik yang banyak motivasi dan banyak mesej yang tertentu....

Macam MISI 8A..

Seperti yang anda tahu..misi 8a telah mendapat sambutan yang mengalakan di kalangan pelajar dan remaja...
misi 8a dapat membantu murid untuk belajar dan memberi semangat kepada pembaca untuk belajar..

Sebelum saya kenal degan komik-m..ini berlaku di alpha angle wangsa maju...apabila saya mahu membeli komik..banyak komik yang saya sudah baca..tiba-tiba terserempak dengan komik misi 8a...saya mengambil komik itu dan dapat merasakan komik itu macam menarik...saya membeli dan membaca..misi 8a sungguh seronok..ia memberi saya semangat untuk saya belajar..

Kini saya telah lebih maju dari dulu..

Terima kasih kepada abang Nazry Salam Feeqry yang sudi memberi saya tip untuk melukis dan belajar..di sebabkan abang Nazry juga telah membuat komik yang telah mendapat sambutan ramai dari rakan atau friends saya di facebook...

Saya harap misi 8a akan  terus maju dan terus maju!

Tapi...

Bila komik MISI 10A akan tiba...?!

Mungkin masih belum keluar kot....
hahhaahhahahah!!!!!
Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian.......^___^

PELUKIS HEBAT

Assalamualaikum kepada semua pembaca,terima kasih kerana membaca...saya nak cerita lagi pasal lain lak....

Begini ceritanya....

Hari ini saya nak tunjukkan nama-nama kartunisyang saya tahu...



Kartunis hebat:-

1)Afiq Salam Feeqry
2)Irfan Foner
3)Reja mus
4)Nizam Pac
5)Nazry Salam Feeqry
6)Bobhairy
7)Poyo
8)Alif Firdaus Azis
9)Aliff Nuzleaf
10)Froggypapa
11)Jas
12)Azhar Abdullah
13)Ard One
14)Aqhari
15)X lid
16)Chopra

Mungkin itu sahaja nama kartunis komik-m yang saya kenali..yang tak ade namanya di dalam senarai ni..maaflah mungkin saya terlupa..

Assalamualalikum..

Sunday 10 April 2011

IMPIAN ALIFF

Assalamualaikum kawan-kawan yang saya hormati dan para pembaca sekalian...

Nak kongsikan sedikit cerita..

'IMPIAN'..semua orang ada impian..kalau tak ada impian semua orang tak akan berjaya..oleh itu saya nak kongsikan impian saya...

Ini 10 impian saya!



IMPIAN ALIFF

1)Mendapat 5a dalam UPSR
2)Mendapat 8a dalam PMR
3)Mendapat 10a dalam SPM
4)Komik saya diterima masyarakat
5)Mendapat menjadi kartunis hebat
6)berjaya dalam hidup
7)dapat berjumpa dengan salah seorang pelukis komik hebat
8)melukis komik yang boleh memberi motivasi macam 'MISI 8A'
9)Mendapat masuk ke salah satu Maktab Rendah Sains Mara
10)Mendapat anugerah terbesar di sekolah

Setakat itu sahaja yang saya dapat kongsikan...

Assalamualaikum semua

MENGISI MASA LAPANG

Assalamualaikum para pembaca yang di hormati sekalian...ni nak cerita sedikit....

Hari ini saya rasa diri saya penuh dengan KEBOSANAN itu sebab saya nak berkongsi pengalaman...

Untuk mengisi masa lapang..saya telah uploadkan gambar dalam facebook..cakap facebook..! sape tak kenal...klau sape tak kenal memang ketinggalan zaman..

Gambar yang saya upload ialah 'KOMIK-M'....atau koleksi komik saya...lihatlah gambar ni..!

Hah! itu baru sedikit..sebenarnya ada banyak lagi...tapi banyak yang hilang,yang kawan pinjam pon ade...

Ini cara saya nak mengisi masa lapang..

Tapi itu cara saya..cara anda bagaimana..?????

Saturday 9 April 2011

BERJUANG DEMI SEKOLAH

Assalamualaikum para pembaca sekalian,maaflah lama tak tulis blog ni...sebab sibuk melukis,latihan bola sepak,latihan olahraga,latihan bola baling dan study group..maklumlah peperiksaan sudah hampir tiba..pejam celik pejam celik dah nak periksa..cepat sungguh masa berlalu...

Dengan itu,tidak membuang masa lagi...ini dia cerita nya...!


Saya bermula dengan satu persatu...


1)Olahraga:-

Dengan berbekalkan sebuah jersey,aku dan rakan serpejuangan telah pergi ke Stadium Mini Seri Permaisuri untuk berjuang...tapi,yang tak bestnya ialah...sebelum dtang ke stadium..kaki aku telah terseliuh dengan teruk..tu sebab aku tak dibenarkan lari....di stadium pula...sampai di stadium sahaja aku dan rakan keluar dari kereta cikgu..tiba-tiba cikgu berkata 'Aliff! kamu ikut cikgu Norizah..boleh kamu buat kerja -kerja lain...kamu masih sakit..oleh itu kamu tak dibenarkan berlari!'...dengar sahaja cikgu bercakap..aku dengan sedih hati ikut cikgu Norizah...Tapi! buah nangka telah menjadi cempedak...eh betulkah..????
Akhirnya aku dapat berlari tapi berlari dengan jenkek-jenkek sahaja....dan tk dapat medal...!

2)Bola Baling

Sama juga seperti olahraga..berkekalkan sebuah jersey bernombor '3'...aku sangat bangga!
untuk bermain bola baling...setelah sampai di SKRM...Atau sekolah kebanggsaan raja muda...aku mesti bermain denggan baik! Tapi,malangnya aku hanya menjadi simpanan....sedihnya!
Dan akhirnya...Kalah!..lagi kecewa ni pasukan bola baling perempuan Juara! Aduh!

3)Bola Sepak

Tak sama macam tadi...lain sedikit...kalau bermain di sekolah memang power...!
Tapi kalau bermain di tempat lain..power juga!...masa bermain di SK Seri Rampai...kami kalah 7-0..
Sangat memalukan...bermain dengan SKDTHO...Sape tak kenal sekolah ni...SK Dato Tun Hussein Onn..!
Kami dianggap menang di sana...di sebab kan hujan air lecak banyak di padang sekolah saya...disebabkan lecak kami tak dapat gol...sudah gol tapi terkena lecak dan bola itu berhenti....Aduh!

Oklah setakat itu sahaja saya nak berkongi pengalaman..

Assalamualaikum!

Monday 4 April 2011

KARYA KE KOMIK-M

Assalamulaikum para pembaca sekalian...........



Ni nak cerita sikit...


Semalam saya baru menghantar karya....hasil tangan sendiri ke KOMIK-M!!!

Mintak-mintak lah editor menerima komik aku.......

















...................................................................................










^_______________________________________^

Sunday 3 April 2011

TEKA TEKI LAGI

Assalamualaikum para pembaca.....hari ini kita main teka teki boleh...?

(SOALAN 1)

Kalau gajah naik kereta,manusia naik ape..?????????

(SOALAN 2)

Negara apakah yang banyak pokok......??????????

(SOALAN 3)

Ramai pemandu,1 penumpang....?????
Apakah itu...?????

(SOALAN 3)

Badan di bawah kepala di atas.....apakah itu..?????

(SOALAN 4)

Burung apakah yang takut pada perempuan..???????

bye....! jawab dengan baik ya......

TEKA-TEKI

Assalamualaikum para pembaca sekalian...hari ini denga bangganya saya nak beri teka-teki...

(Soalan 1)

Ali bawa motor..motor itu ialah RX-7...ramai orang mengejar Ali...tetapi mereka tidak boleh mengejarnya...
soalannya....mengapa mereka mengejar Ali...??????

(Soalan 2)

Bila kita nak cari sangat susah...bila kita dapat...kita buang..?
apakah itu..????

(Soalan 3)

Ahmad ialah murid dari kelas 6 Kenanga...satu hari guru kelasnya menyuruh semua membuat karangan yang bertajuk 'KALAU AKU KAYA'....semua orang membuat dengan bersungguh-sungguh..tetapi Ahmad seorang sahaja yang tidak membuat karangan tersebut...cikgunya bertanya kepada Ahmad mengapa Ahmad tidak membuat karangan itu....??????
mengapa Ahmad tidak membuat karangan itu..??
berikan jawapan......


^________________________________________^

ARTWORK

Assalamualaikum pembaca blog...kali ni saya nak tunjukkan ARTWORK saya....


Yang saya siarkan di Facebook saya....


Shhhhhhyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!





                     Untuk lukisan yang pertama tu gambar lelaki ter pegun melihat perempuan....

  
                       Gambar yang kedua tu lelaki yang berbadan tegap......


                                             OK TAK..?


                        Assalamualaikum semua semoga kita bertemu lagi......

MELUKIS DI SEKOLAH

Assalamualaikum pembaca blog sekalian......baru-baru ni saya dan gang saya iaitu 'Xgang' telah mendapat satu.....



'TUGASAN!!!!!!!'


Oleh guru kami di sekolah kami di SKWM(1)....

Tugasan itu ialah....


TOK,TAK,PAK!!!!!!!!(bunyi ketukan gendang)

MELUKIS DI BILIK KESIHATAN!!!!

Selepas mendapat tugasan itu kami memulakan kerja....guru menyuruh kami melukis seorang Doktor dan Nurse di sebuah kertas...sebelum melukis di bilik kesihatan...

Pasti akan bangga kedua-dua ibu bapa kami...

Insya-Allah,saya akan upload gambar lukisan itu.....
Assalamualaikum semua...

KOMIK-M

Assalamualaikum para pembaca blog ini...

^___________^

Saya telah membuat komik..kalau tak baca komik saye lagi baca lah blog ni.....ni nak cerita sikit...



AL-KISAH!.......


toib!

Alamak silap....

Ekhem-ekhem!!!

Memang impian sayalah nak bekerja sebagai kartunis ataupun pelukis komik...kalau saya dapat kerja tu...

Bangga gilalah!!!

Apatah lagi bekerja di 'KOMIK-M'!!!!!!!!!

Kalau dapatlah 5 hari 5 malam saya tak tidur..!

Sekarang ni saya dalam proses melukis komik untuk di hantar ke 'KOMIK-M'....dengan harapan yang editor menerima karya saya.....kalau di terima....saya kata KALAU!!!

Macam saya kata tadi...5 hari 5 malam tak tidurlah...

Oklah semua....semoga bertemu di lain hari....!


Assalamualaikum semua

^_______^

1O TIP MELUKIS CARA ALIFF

 Assalamualaikum semua..sekalian pembaca...korang mesti tertanya-tanya bagaimana saya boleh melukis...?
Saya seperti yang lain juga..daripada minat..minat dan kreativiti adalah penting untuk seseorang manusia membuat hobi mereka...sama seperti melukis..korang nak tip untuk melukis tak..?????? ada 10 tip boleh
melukis dengan baik...bersama kita renung-renungkan....^_____^

                                                10 TIP MELUKIS CARA ALIFF

1)melukis setiap hari sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam sehari
2)tunjukkan bakat di mana-mana sahaja atau lebih baik di sekolah
3)tubuhkan satu gang melukis
4)berkawan dengan kawan-kawan yang pandai melukis
5)fikir positif ketika melukis
6)melukis benda yang elok sahaja
7)membuat rujukan daripada komik
8)menerima nasihat
9)jangan mengaku kalah
10)melukis secara serius


                                                    Hah! cuba lah kawan-kawan...


                                                 ^____________________^


                                          

Saturday 2 April 2011

MISI ALIFF




                  


                              HAH! Apa macam OK tak...? Baiklah Bye semua  ^________^

                                                Assalamuailaikum semua.......


                                                syhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!









                                                  BAKKKKKKK!~!!!!!!!!




                                                    Takut tak..?



                                                        Bye!